Minggu, 03 Juli 2011

Telefon Bimbit sebagai Modem

 Cara menggunakan telefon Bimbit sebagai Modem, Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit berkeupayaan GPRS/EDGE/3G, anda boleh mengakses Internet melalui komputer riba. Dengan menyambungkan telefon bimbit ke komputer riba, anda boleh melayari Internet pada skrin yang lebih besar berbanding skrin telefon bimbit yang kecil.
Kelebihan telefon bimbit sebagai modem ialah apabila anda tidak memiliki modem USB, atau berada di kawasan yang tidak mempunyai liputan Internet Jalur lebar, atau di kawasan luar bandar yang tiada perkhidmatan tanpa wayar atau WiFi, telefon bimbit boleh menjadi penyelamat.

Peralatan yang diperlukan ialah:

1) Komputer Riba (Sistem operasi Windows XP akan digunakan dalam contoh ini)
2) Telefon Bimbit (Contoh menggunakan Motorola E8)
3) Kabel USB untuk telefon bimbit
4) Perisian pemacu (driver) untuk telefon bimbit anda
5) Rangkaian Selular (Saya menggunakan DiGi EDGE dalam tutorial ini)

Menyambung Telefon ke Komputer:

Pertama sekali anda perlukan kabel data. Sekiranya anda tidak mempunyai kabel data, anda boleh membeli kabel data dari mana-mana kedai aksesori telefon bimbit. Kabel ini akan menghubungkan telefon bimbit dengan komputer melalui palam USB.

Jika anda menggunakan Windows XP, kemungkinan besar Windows memerlukan perisian pemacu (driver) untuk telefon bimbit anda. Perisian pemacu biasanya didatangkan sekali bersama-sama kabel, di mana anda perlu memasangnya (install) ke dalam komputer bagi membolehkan Windows mengesan telefon bimbit anda. Sekiranya anda tidak mempunyai pemacu driver, anda boleh memuat turun pemacu dari laman web pembekal telefon bimbit. Silakan simak buku panduan telefon bimbit yang digunakan. Di Mulai dengan membuat pencarian pemacu di enjin carian Google khusus untuk model telefon anda. Jika kedua-duanya gagal, terdapat satu lagi cara iaitu dengan menggunakan pemacu generik yang boleh berfungsi untuk model telefon bimbit anda.

Contoh gambar di bawah menunjukkan pemacu Modem Motorola E8 yang telah dipasangkan ke dalam computer :

 Membuat Sambungan DUN dalam Windows:
Untuk membuat sambungan baru GPRS/EDGE dalam Windows XP
1) Klik Start -> Run
2) Taipkan "control netconnections" dan tekan Enter (Tetingkap New Connections akan muncul)
3) Klik Create a new connection (New Connection Wizard akan muncul)
4) Klik Next
5) Pilih "Connect to the Internet"
6) Klik Next
7) Pilih "Set up my connection manually"
8) Klik Next
9) Pilih "Connect using a dial-up modem"
10) Klik Next
11) Tetapkan nama pembekal Internet (cth: DiGi EDGE)
12) Klik Next
13) Masukkan Nombor Telefon: *99#
14) Klik Next
15) Biarkan Username dan Password kosong
16) Klik Next
17) Tandakan pada pilihan "Add a shortcut to this connection to my desktop"
18) Klik Finish

 Klik dua kali pintasan pada Desktop, sehigga sambungan akan muncul seperti berikut:










Kemudian Klik buttom Dial untuk mendail modem telefon. Anda akan terus disambungkan ke internet melalui isyarat GPRS atau EDGE bergantung pada liputan kawasan.
Semoga Bermanfaat…..
Sumber : http://www.ilmuit.com/tutorial/569

Tidak ada komentar:

Posting Komentar